Sumber: JAKIM
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan terbaik kepada keluarga, dan masyarakat serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “ Hidup Lebih Manis Tanpa Gula”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Umat Islam adalah umat yang diwujudkan untuk menjadi umat terbaik dalam semua cara hidup termasuk dalam bidang menjaga kualiti kehidupan. Kualiti hidup yang baik membolehkan kita merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkesan kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat. Malah kualiti hidup yang baik memberi kesempurnaan dan kekhusyukkan kita beribadah kepada Allah SWT. Makanan menjadi faktor penting dalam mempengaruhi kualiti hidup. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172:
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita memakan makanan halal yang baik dan berzat. Menurut Ibnu Kathir dalam kitab Tafsir al-Qur’an al-A’zim, makanan yang baik ialah sesuatu yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada Read the rest of this entry »
Tags: gula, gula naik, gula naik lagi, Ibadah, Khutbah Jumaat
Di petik dari: Bicara Agama (utusan online)
MEGA: Masa berlalu amat pantas. Rasanya baru sangat kita menyambut Maal Hijrah 1430. Kini kita sudah berada dalam tahun 1431H. Apakah tanda atau maksud masa yang terlalu pantas ini?
ZURIDAN: Tanpa kita disedari masa berlalu begitu pantas. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kini kita berada di ambang tahun baru Hijrah 1431 dan tahun Masihi 2010.
Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”. (riwayat Tarmizi)
Dengan beralihnya kita ke dalam tahun baru, kerisauan sepatutnya dihadirkan dalam diri dengan seribu macam persoalan tentang masa depan kita.
Bukan sahaja masa depan hidup di dunia ini tetapi masa depan di akhirat kelak kerana ia adalah destinasi terakhir kita sebagai manusia. Pelbagai soalan perlu diajukan.
Apakah sudah cukup amalan kita? Apakah sudah tertebus dosa kita? Apakah layak kita menjadi penghuni syurga? Apakah mampu kita menahan malu di padang mahsyar apabila segala rahsia keburukan kita dipamerkan secara terperinci oleh Allah dan apakah sanggup kita menahan seksaan azab api neraka-Nya? Read the rest of this entry »
Tags: hari kiamat, kiamat, masa
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi sekalian, marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “ ADAB BERDOA”.
Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dirahmati Allah,
Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56:
Maksudnya: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.”
Ketika menjelaskan perkara yang sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Read the rest of this entry »
Tags: Doa, Hari Jumaat, Ibadah, Khutbah Jumaat
Komen Terkini